Drama Masih Ada Rindu Review

Sinopsis Belakang Buku Masih terasa manisnya detik bulan madu pabila secara tiba-tiba Hakim pergi meninggalkannya. Pergi begitu sahaja, tanpa pamitan tanpa sebarang pesan. Lalu kepada siapa lagi harus dia bergantung harap? Kepada siapa lagi harus dia mengadu nasib? Apakah sepanjang usia dia harus mengendong duka ini?

Masih Ada

Syafika sedar, air mata bukan penyelesai masalah. Tangisan juga tidak mampu merungkai segala kekusutan. Ada kala dia tidak setabah itu untuk menghadapinya berseorangan. Ada ketika dia tewas jua.

Tatkala hati masih dibalut lara, muncul insan lain yang sudi menjadi pengganti. Namun, cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam dan tidak mungkin padam. Rindunya masih ada dan tetap menyala. Tapi dia sedar… perjalanannya masih terlalu jauh. Dia tidak harus karam dalam badai kerinduan ini. Dia tidak harus hanyut dalam arus cinta yang bukan miliknya lagi. Akhirnya, dia nekad untuk menerima.

Sayangnya, di saat kelukaan hampir pulih dan hati mula belajar untuk menyayangi, hatinya dilukai. Kecewa dengan apa yang terjadi, dia nekad melarikan diri. Dalam pelarian itu dia mula merasakan sesuatu. Dalam benci, kiranya masih ada rindu buat si dia.

Dan tanpa disedari… bibit-bibit cinta mula bersemi di hatinya.Kisah tentang cinta Syafika dan Hakim. Kisah cinta yang membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Namun sayang, hubungan cinta ni tak direstui oleh keluarga Syafika. Pada ibunya, Syafika terlalu muda untuk bergelar isteri. Hurm, betul jugak kan tweaked structure mak Syafika tu? hahaha

Episod perkahwinan mereka tak la panas hingga ke petang. Dalam kebahagiaan berbulan madu, Hakim pergi meninggalkan isterinya. Hakim menghidap penyakit asma. Kasihan Syafika sebab lepas permergian Hakim, barulah dia tahu yang dia berbadan dua huhuhu

Kehadiran Hadi, abang Hakim yang pulang dari luar Negara membawa pelbagai rasa dalam jiwa Syafika. Apatah lagi anaknya benar2 rapat dengan ‘Daddy’ Hadinya. Hadi sendiri sudah statement with a double meaning jatuh hati dengan adik iparnya sendiri. Erm, rasa cam part tukar tikar je hahaha lelaki jest boleh consider cam tu ke?

Tapi, masa Syafika nak menghulurkan cintanya ada pula scene yang tak seharusnya terjadi. Haishh, tak pasal2 Syafika lari membawa diri. Pemergian Syafika dan anaknya memberi kesan yang mendalam dalam hidup Hadi. Yang disayang tak mampu dilupa.

Dalam pelarian itu Syafika mula merasakan sesuatu. Dalam benci, kiranya masih ada rindu buat si dia. Dan tanpa disedari… bibit-bibit cinta mula bersemi di hatinya. Mahu atau tidak… Hadi masih melekat kuat dalam ingatan.

Cerita ni agak fundamental buat aku. Tak perlu nak berat2 kepala fikir apa yang jadi di setiap episod. Since for me it’s expected story.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *